Perlindungan Pembantu Rumah Asing
Insuran Pembantu Rumah Asing / maid insurance
Diperlukan untuk memperbaharui permit memperbaharui permit pembantu rumah anda.
Produk: Etiqa Takaful
Nama Produk: Takaful Domestic Servant
Tujuan produk: Memberikan perlindungan kepada pembantu rumah terhadap kecedaraan, hilang upaya dan kematian akibat kemalangan
Produk ini hendaklah diperbaharui setiap tahun
Premium: RM 63.00 untuk setahun
Tempuh perlindungan: Setiap tahun dan boleh diperbaharui setiap tahun
Seksen | Feadah | Jumlah Perlindungan |
Seksen 1 |
Akibat Kemalangan:- 1) Kematian akibat kemalangan |
RM20,000 |
Seksen 2 |
Kos penghantaran pulang:-
|
Terhad sehingga RM5,000 |
Seksen 3 |
Perbelanjaan kos hospital:-
|
Terhad sehingga RM2,500 |
Jadual manfaat Hilang Upaya Kekal | |
Jenis hilang upaya | Peratusan |
Hilang upaya menyeluruh dan kekal akibat melaksanakan atau menyertai apa-apa pekerjaan | 100% |
Buta menyeluruh dan tidak boleh pulih pada kedua-dua belah mata | 100% |
Buta menyeluruh dan tidak boleh pulih pada sebelah mata dan hilang sebelah tangan atau sebelah kaki | 100% |
Buta menyeluruh dan tidak boleh pulih pada sebelah mata | 50% |
Hilang kedua-dua belah tangan atau kaki atau sebelah tangan dan sebelah kaki | 100% |
Hilang sebelah tangan atau sebelah kaki | 50% |
Hilang pendengaran atau pertuturan | 50% |
Hilang pendengaran pada sebelah telinga | 15% |
Hilang tangan pada paras bahu | 75% |
Hilang tangan di bawah paras bahu | 65% |
Hilang kaki pada paras punggung | 75% |
Hilang kaki di bawah paras punggung | 65% |
Hilang ibu jari (kedua-dua falanks) | 25% |
Hilang ibu jari (satu falanks) | 10% |
Hilang jari telunjuk (tiga falanks) | 10% |
Hilang jari telunjuk (dua falanks) | 8% |
Hilang jari telunjuk (satu falanks) | 4% |
Hilang jari yang selain ibu jari atau jari telunjuk | 5% |
Hilang jari yang selain ibu jari atau jari telunjuk | 5% |
Hilang mana-mana jari kaki lain | 1% |
Nota: Apa-apa hilang upaya separa kekal yang tidak dinyatakan di atas selain hilang deria rasa dan bau - peratusannya akan ditaksir oleh pihak Etiqa setelah berunding dengan penasihat perubatan. Etiqa mempunyai budi bicara mutlak untuk mengguna pakai peratusan hilang upaya yang pada pendapat Etiqa tidak bercanggah dengan skala di atas tanpa mengambil kira pekerjaan Orang Yang Diinsuranskan. |
Perkara yang tidak dilindungi oleh polisi:-
- Apa-apa perbuatan yang menyalahi undang-undang
- Masalah dari pengaruh alkohol atau dadah
- Komplikasi akibat dari kehamilan, melahirkan anak, keguguran (kecuali keguguran akibat kemalangan)
- Terlibat di dalam kemalangan dari aktiviti sukan lasak / hobi
- Melibatkan diri dalam penerbangan atau aktiviti udara lain selain dari penumpang yang berlesen penuh yang membawa pesawat sebagai penumpang
- Serangan seksual oleh Peserta atau mana-mana ahli isi rumahnya
- Apa-apa tindakan pampasan yang dibawa di Mahkamah Undang-undang mana-mana wilayah di luar Malaysia;
- Apa-apa tindakan peperangan, mogok, rusuhan atau kekecohan awam, pencemaran radiasi atau nuklear dan keganasan
Bagaimana untuk mengambil polisi:-
Cuma berikan maklumat berikut:-
- Salinan Kad Pengenalan Majikan
- Alamat Majikan
- No Tel Majikan
- Salinan Passport Pembantu Rumah