Insuran Pekerja Asing: Insurance Guarantee, SPIKPA & FWCS

Submitted by admin on Fri, 07/26/2019 - 00:49

Syarat untuk memperbaharui Permit Kerja

Majikan yang mengaji pekerja asing diwajibkan mengambil Jaminan Insuran atau Insurance Guarantee (IG), dan Skim Pampasan Insuran Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA).

Jika anda membeli Bond dengan bank, maka jumlah yang anda kena bayar ialah harga di atas bagi setiap pekerja. Jika anda mengambil polisi Insurance Guarantee dengan syarikat insuran / takaful - anda hanya perlu bayar premium yang lebih murah.

Contohnya, jika anda mempunyai 9 orang pekerja Indonesia..anda cuma bayar premium Insurance Guarantee sebanyak RM63.66 sahaja.

IG @ Insurance Guarantee

Insurance Guarantee (IG) diperlukan oleh majikan apabila mereka hendak membuat pembaharuan permit Kerja/work permit pekerja asing mereka 

IG hendaklah diberikan kepada Jabatan Imigresen di mana pembaharuan permit kerja hendak dilakukan

Tempoh masa IG ialah 13 bulan/18 bulan/26 bulan/30 bulan & 36 bulan

Kebiasaannya majikan memerlukan tempoh IG selama 18 bulan

Jumlah guarantee/jaminan bagi pekerja asing adalah berbeza mengikut negara. 

Jumlah guarantee:-

  • Indonesia: RM250
  • Thailand: RM250
  • Cambodia: RM250
  • Bangladesh: RM500
  • India/Pakistan/Nepal/Myanmar: RM750
  • Philipine: RM1,000
  • Vietnam: RM1,500

Pengiraan premium Insurance Guarantee seperti berikut (sebagai contoh 9 pekerja Indonseia:-

RM250 x 2 orang x 1.5%  x 18 bulan / 12 bulan (Formula)

= RM11.25 + RM10 stamp duti

= SST: 11.25 x 6% = RM0.67

RM21.92 (jumlah premium Insurance Guarantee untuk 2 pekerja Indonesia). 

Nota: Minimum premium untuk Insurance Guarantee ialah RM63. Oleh kerana jumlah minima kurang dari RM63, maka IG ialah RM63.00


Spikpa

Bermula 1hb. Januari 2011, kerajaan telah mewajibkan semua majikan supaya mengambil Spikpa untuk pekerja asing mereka. Sekiranya tiada Spikpa, maka majikan tidak boleh memperbaharui permit kerja pekerja asing mereka

Jumlah premium - RM127.20 setahun (untuk seorang)

Tambah RM10 untuk setiap polisi bagi Duti Setem

Manfaat Spikpa

Untuk kemasukan ke hospital (kemalangan/sakit)

Hospital kerajaan - cashless. Hanya tunjukan pengenalan diri (passport) bagi pengesahan di kaunter masuk hospital-hospital kerajaan (KKM)

Hospital swasta - reimbursment (bayar dulu selepas itu klaim dengan insuran)

  • Bilik Hospital & Makanan Harian (Maksimum sehingga 30 hari)
  • Unit Rawatan Rapi (Maksimum sehingga 15 hari)
  • Bekalan dan Khidmat Hospital
  • Bilik Bedah
  • Bayaran Pembedahan (Tidak merangkumi pemindahan organ)
  • Bayaran Pakar Bius
  • Lawatan Doktor dalam Hospital (Maksimum sehingga 30 hari)
  • Lawatan Pakar Perubatan dalam Hospital (Maksimum sehingga to 30 days)
  • Bayaran Ambulans/Bayaran Laporan Perubatan
  • Had Tahunan RM10,000
  • Had Tahunan Keseluruhan Maksimum: RM20,000

Borang untuk claim insuran

a) Bagi kes Hilang upaya Sementara /Kekal.

  1. Notis kemalangan daripada majikan
  2. Borang PP1
  3. Borang laporan Kemalangan PP2
  4. Perakuan Perubatan (Buroh 90)
  5. Sijil Cuti Sakit (jika ada)

b) Bagi kes maut

  1. Notis Kemalangan daripada majikan
  2. Borang PP1
  3. Borang laporan Kemalangan PP2 & PP2A
  4. Sijil kematian
  5. Laporan bedah siasat (jika ada)
  6. Laporan polis (jika ada)

Jika berlaku kemalangan kepada pekerja, majikan hendaklah melaporkan kepada syarikat insuran & Jabatan Buroh dengan segera.

Selepas itu, syarikat insuran akan memberikan borang kepada majikan untuk membuka fail dan laporan kemalangan.

Jabatan Buroh juga akan memberikan beberapa borang kepada majikan untuk dilengkapi dan disertakan dengan dokumen-dokumen yang berkaitan.

Setelah lengkap semua borang, Jabatan Buroh akan membuat tafsiran jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh syarikat insuran  takaful kepada waris pekerja.


Tuntutan polisi Spikpa

Sekiranya pekerja kemalangan/sakit dan dimasukan ke hospital kerajaan, maka tidak perlu membayar apa-apa.

Cuma tunjukan pengenalan diri iaitu passport untuk pengesahan identiti di kaunter daftar masuk.

Sekiranya bil hospital melebihi had perlindungan iaitu RM10,000 - majikan atau pekerja perlu membayar lebihan tersebut.

PENTING: Sekiranya didapati mana-mana pekerja asing mempunyai tunggakan bayaran bil hospital, maka tunggakan itu mestilah dijelaskan.

Jika tidak permit kerja tidak boleh diperbaharui untuk tahun yang berikutnya.

Majikan juga akan disenarai hitam kan dan mana-mana majikan yang telah disenarai hitam - tidak dibenarkan mengambil pekerja asing baru.

Untuk info terperinci berkenaan dengan SPIKPA sila CLICK


Dapatkan Quotation / Pertanyaan

Kami merupakan agent sah bagi syarikat Allianz General Insuran & Etiqa Takafu. Jika anda ingin mendapatkan insuran bagi pekerja anda, anda boleh muat turun borang di bawah

Muat Turun Borang

Jika pekerja yang baru pertama kali buat permit - hanya berikan kami kod yang diberikan oleh FWCMS / BESTINET

Jika anda ingin mendapatkan quotation terlebih dahulu, sila dapatkan quotation pada link di bawah

Jika anda ingin mendapatkan quotation - sila isi borang di bawah

Cth: Indonesia: 10 orang, Bangladesh: 5 orang