Pada topik ini, saya ingin berkongsi maklumat dengan anda berkenaan dengan tuntutan cermin. Sebelum kita bercerita tentang cara-cara tuntutan, adalah baik jika kita lihat dulu apa definisi/maksud ‘cermin’ – cermin bermaksud kesemua cermin kereta kita kecuali cermin pandang sisi. Bermakna jika mana-mana cermin kereta (depan, belakang, cermin tingkap) pecah, maka kita boleh membuat tuntutan.
Perlu juga dimaklumkan bahawa, jumlah perlindungan cermin hendaklah dibuat beransingan dengan nilai kereta. Ini kerana perlindungan cermin termasuk di dalam kategori ‘eksesory’ sepertimana juga dengan perlindungan terhadap radio dan sebagainya.Pada topik ini, saya ingin berkongsi maklumat dengan anda berkenaan dengan tuntutan cermin.
Sebelum kita bercerita tentang cara-cara tuntutan, adalah baik jika kita lihat dulu apa definisi/maksud ‘cermin’ – cermin bermaksud kesemua cermin kereta kita kecuali cermin pandang sisi.
Bermakna jika mana-mana cermin kereta (depan, belakang, cermin tingkap) pecah, maka kita boleh membuat tuntutan. Perlu juga dimaklumkan bahawa, jumlah perlindungan cermin hendaklah dibuat beransingan dengan nilai kereta. Ini kerana perlindungan cermin termasuk di dalam kategori ‘eksesory’ sepertimana juga dengan perlindungan terhadap radio dan sebagainya.
Kadar premium ialah sebanyak 15% daripada nilai perlindungan. Misal kata nilai cermin yang hendak kita insurans/takafulkan sebanyak RM1,000.00, maka jumlah premiumnya adalah sebanyak RM150. Ok, sekarang kita cerita bagaimana hendak membuat tuntutan cermin.
Untuk membuat tuntutan cermin kereta, anda perlu merujuk kepada agent anda. Ini kerana setiap syarikat insuran / takaful mungkin mempunyai tatacara yang berbeza.
Untuk Etiqa Takaful misalnya, anda perlu membawa kenderaan anda ke bengkel panel Etiqa. Bengkel panel etiqa akan menukar cermin kenderaan anda dan membuat proses claim dengan Etiqa.