Proses tukar nama/pemilikan kenderaan hendaklah dilakukan oleh penjual & pemilik. Proses tukar nama/pemilikan boleh dibuat di mana-mana cawangan JPJ di seluruh negeri.
Di antara tatacara proses tukar nama/pemilikan kenderaan ialah seperti berikut:
- Membuat pemeriksaan puspakom di mana-mana cawangan puspakom (motosikal tak perlu membuat pemeriksaan puspakom)
- Pemilik & Penjual hendaklah datang ke JPJ untuk membuat pengesahan cap jari biometrik. Pemilik hendaklah terlebih dahulu membuat pengesahan cap jari biometrik. Pembeli pula boleh membuat pengesahan cap jari biometrik tidak lebih dari 7 hari selepas pemilik membuat pengesahan cap jari biometrik. Penjual & pembeli boleh membuat pengesahan cap jari biometrik di mana-mana cawangan JPJ di seluruh negeri.
- Hantar borang JPJK3 & dokumen ke JPJ untuk proses tukar pemilikan (untuk menjimatkan masa, boleh dibuat terus semasa mengadakah cap jari biometrik)
Dokumen yang dibawa ke JPJ:-
A) Pemilik Individu (Bagi kenderaan milik individu – tidak boleh wakil)
- Kad pengenalan / passport
- Borang Borang JPJK3 yang lengkap diisi
- Perakuan pendaftaran kenderaan motor / geran
- Beli insurans untuk pemilik baru WhatsApp untuk beli insuran
B) Pemilikan Kerajaan / bank / syarikat kewangan / insurans / Pertubuhan / Koperasi / Syarikat Sendirian Berhad / Syarikat Berhad / Perniagaan Milikan Tunggal / Perniagaan Perkongsian / Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan / Kedutaan / Pesuruhjaya Tinggi / Konsulat / Pertubuhan Antarabangsa
- Salinan Borang 49, Salinan Resolusi / Minit Mesyuarat Berkenaan Persetujuan Penjualan Kenderaan
- Borang 9 Atau Borang 13 Yang Disahkan Oleh Setiausaha Syarikat Atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) (Mana-Mana Yang Berkenaan);Atau Salinan Borang D Yang Disahkan SSM;Atau Apa-Apa Dokumen Lain Yang Berkaitan Pengesahan Identiti (Yang Berkaitan); Surat Persetujuan Penjualan Kenderaan Motor.
- Surat rasmi lantikan wakil hendaklah dibawa bersama oleh wakil
- Borang Borang JPJK3 yang lengkap diisi
- Perakuan pendaftaran kenderaan motor
- Beli insurans untuk pemilik baru WhatsApp untuk beli insuran
Info tambahan:
- Tempoh sah bagi Borang Pemeriksaan Puspakom ialah 1 bulan dari tarikh ianya dikeluarkan/tarikh pemeriksaan
- Pemilik baru mesti membeli insuran kenderaan tersebut sekiranya Cukai Jalan masih berkuatkuasa. WhatsApp untuk beli insuran
- Sekiranya Cukai Jalan telah tamat tempoh, pemilik baru tidak perlu membeli insurans semasa proses tukar nama. Walaubagaimanapun, bila mahu membuat Cukai Jalan baru – insurans diperlukan
- Cukai Jalan yang masih sah boleh dipakai oleh pemilik baru
- Bagi pemilik lama, insurans kenderaan tersebut boleh dibatalkan apabila kenderaan itu telah ditukar milik. Sekiranya tempoh insuran tersebut kurang dari 8 bulan – pemilik lama boleh menuntut baki insuran tersebut daripada pihak syarikat insuran.
- NCD pemilik lama boleh dipakai oleh pemilik lama untuk kenderaan lain, asalkan kenderaan tersebut di atas nama pemilik yang sama
Nota: Laman web ini hanyalah sebagai panduan atau info umum sahaja. Apa yang dinyatakan adalah benar setakat artikel ini ditulis, oleh itu anda dinasihatkan menyemak dengan pihak yang berkenaan seperti JPJ dan sebagainya untuk memastikan borang atau prosidur masih sama atau pun telah berubah.