Skip to main content

Panduan baru underwriting Etiqa

Etiqa telah mengemaskini panduan underwriting mereka yang akan berkuatkuasa pada 15hb. September 2012. Perubahan tersebut terpaksa dibuat berasaskan kepada pengalaman dan keadaan industri semasa. Berikut adalah beberapa perubahan yang dilakukan kepada:

  1. Had maksima perlindungan
  2. Had minima perlindungan
  3. C.C/cubic capacity
  4.  Loading umur kenderaan
  5. Loading pemandu/pemandu yang dibenarkan
  6. Exess semua kemalangan
  7. Senarai model yang 'Hot'
  1. Had maksima jumlah perlindungan/maximum Sum Insured
    • RM200,000
  2. Had minima jumlah perlindungan/minimum Sum Insured
    • RM12,000
  3. Had maksima CC/Maximu Cubic Capacity
    • 3,000 cc
  4. Loading untuk umur kenderaan (kenderaan persendirian - perlindungan comprehensif)
    Umur kenderaan kadar loading sebelum ini  Kadar loading sekarang
    0-3 tahun Tiada Tiada
    4-6 tahun Tiada Tiada
    7-10 tahun Tiada 5%
    11-15 tahun Tiada 10%
    16-20 tahun 15% 15%
    20 tahun ke-atas 15% Decline/Tidak ambil
  5. Loading untuk pemandu/pemandu yang dibenarkan (kenderaan persendirian - perlindungan comprehensif)
    Lingkungan umur lama Lingkungan umur baharu Loading
    Kurang 21 tahun atau Lebih 70 tahun Kurang 25 tahun atau Lebih 65 tahun 15%
    21 tahun ke 70 tahun 25 tahun ke 65 tahun Tiada
  6. Exess - untuk semua jenis tuntutan/claim
    1. Kenderaan persendirian
      No. CC/Jumlah perlindungan Jumlah Excess
      1 CC 2,500 dan ke bawah & Jum perlindungan RM150,000 dan ke bawah Tiada
      2 CC 2,500 dan ke bawah & Jum perlindungan RM150,000 ke RM250,000 1% dari jum perlindungan/maksima RM2,000 (mana yang lebih rendah)
      3 CC 2,500 dan ke bawah & Jum perlindungan lebih dari RM250,000 2% dari jumlah perlindungan
      4 CC lebih dari 2,500 & jum perlindungan RM150,00 atau kurang 1% dari jum perlindungan/maksima RM1,500 (mana yang lebih rendah)
      5 CC 2,500 ke bawah & jum perlindungan kurang dari RM150,000  -
    2. Kenderaan persendirian bagi pacuan 4 roda
      No. CC/Jumlah perlindungan Jumlah Excess
      1 CC kurang dari 1,600 1% dari jum perlindungan/maksima RM750 (mana yang lebih rendah)
      2 CC dari 1,601 - 2,000 1% dari jum perlindungan/maksima RM1,000 (mana yang lebih rendah)
      3 CC 2,001 hingga 2,500 & jum perlindungan RM150,000 dan ke bawah 1% dari jum perlindungan/maksima RM1,500 (mana yang lebih rendah)
      4 CC dari 2,001 hingga 2,500 & jum perlindungan kurang dari RM150,000 2% dari jumlah perlindungan
      5 CC 2,500 ke atas -
  7. Senarai model yang 'Hot'

Toyota

  • Harrier**/Lexus SUV
  • Hilux**
  • Cygnus
  • Fortuner
  • Landcruiser
  • Prado
  • Camry

Isuzu

  • D-max

Ford

  • Ranger

Nissan

  • Frontier

Mitsubishi

  • Storm
  • Triton

** Harrier/Lexus SUV dan Hilux mesti pasang 'tracking device' (bukti resit/invoice/sijil diperlukan)

Loading mengikut umur kenderaan
0-3 tahun 7-10 tahun 11 tahun dan ke-atas Excess semua tuntutan
rujuk underwriter 10% 15% seperti di item No. 6