Skip to main content

Jenis-jenis Perlindungan Kenderaan

Jenis perlindungan insuran kenderaan ada 3 jenis dan setiap jenis berbeza antara satu sama lain.

Ada di antara kita yang masih keliru tentang jenis-jenis insuran ini.

Tiga jenis insuran tersebut ialah:

  1. Perlindungan komprehensif/first party insurance
  2. Perlindungan pihak ketiga/third party insurance
  3. Perlindungan pihak ketiga, kebakaran & kecurian/third party, fire & thift

Perlindungan Komprehensif/first party insurance

Untuk perlindungan komprehensif, ianya memberikan perlindungan yang menyeluruh seperti berikut:-

  • Kenderaan sendiri

Ianya melindungi kenderaan sendiri daripada kerosakan akibat kemalangan atau kecurian. Apabila kita membuat tuntutan kerosakan ke atas kenderaan sendiri maka kita akan kehilangan NCD.

  • Kenderaan pihak ke tiga

Ini bermaksud pihak ketiga akan membuat tututan ke atas pihak insuran/syarikat takaful kita sekiranya kemalangan tersebut disebabkan oleh kesalahan kita. Apabila pihak ke tiga membuat tuntutan ke atas polisi kita maka kita juga akan kehilangan NCD.

  • Harta benda pihak ketiga

Perlindunga komprehensif juga melindungi harta benda pihak ketiga akibat kesalahan kita. Misalnya kereta kita terbabas dan melanggar rumah orang, maka pihak tuan rumah boleh menuntut kerugian daripada syarikat insuran/takaful kita. Jika pihak ketiga membuat tuntutan ke atas insuran atau takaful kita, Ncd kita juga akan hilang.

Perlindungan Pihak ketiga (Third Party)

Perlindungan pihak ketiga bermaksud polisi insuran/takaful kita hanya melindungi kenderaan/harta benda pihak ketiga sahaja. Ini bermakna tiada perlindungan ke atas kenderaan sendiri.

Sekiranya kenderaan kita rosak akibat kemalangan atau kenderaan kita dicuri, maka kita tidak boleh membuat tuntutan ke atas pihak insuran/takaful.

Perlindungan Pihak ketiga, Kebakaran dan Kecurian (Third Party, Fire and Theft)

Jenis perlindungan yang ketiga pula ialah Perlindungan pihak ketiga, kebakaran dan kecurian. Ianya bermaksud hanya melindungi kenderaan/harta benda pihak ketiga dan juga melindungi kenderaan sendiri akibat kecurian dan kebakaran.

Kesimpulan

Setelah kita memahami tentang jenis-jenis perlindungan kenderaan, maka kita mesti membuat pilihan jenis yang manakah yang paling sesuai dengan kenderaan kita.

Saya secara peribadinya menasihatkan supaya anda selalu mengambil jenis perlindungan yang komprehensif kerana ianya memberikan perlindungan yang menyeluruh.

Tambahan lagi sekiranya kenderaan anda masih mempunyai baki pembiayaan/finance, maka adalah menjadi risiko yang besar sekiranya anda mengambil jenis perlindungan Pihak Ketiga. 

Ini kerana sekiranya kenderaan anda kecurian, maka pihak insurans/takaful anda tidak akan memberi gantirugi dan dalam masa yang sama anda terpaksa pula menjelaskan pembiayaan kenderaan anda itu.

Selain itu, sekiranya anda tidak mengambil jenis perlindungan komprehensif maka sekiranya kenderaan anda rosak akibat kemalangan, maka anda terpaksa menangung sendiri kos pembaikan yang sememangnya agak mahal.


Dapatkan sebutharga insuran kenderaan anda: Pembaharuan-perlindungan-kenderaan