Sekiranya anda mengambil polisi kenderaan komprehensif (first party) dengan Etiqa, maka anda secara otomatik anda mempunyai kelayakan untuk mendapatkan perkhidmatan kereta penunda/towing secara percuma sehingga 200 km (jika anda mengambil polisi Cash Care PA Takaful – servis towing menjadi unlimited). Ianya boleh dihubungi 24 jam sehari. Perkhidmatan penunda percuma ini sangat penting terutamanya jika kereta anda mengalami kerosakan di kawasan yang agak jauh dari bandar dan pada tengah malam pula.
Berdasarkan pengalaman saya, jika kereta anda mengalami kerosakan dan anda menghubungi Etiqa Auto Assist, kebiasanya kereta penunda akan sampai ke tempat anda dalam masa 30 minit hingga 45 minit – walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada kesesakan jalan raya pada waktu itu.
Nota: Jika anda mengambil polisi 3rd. party, fire & theft – anda juga boleh dapatkan khidmat servis towing sehinga 350km dengan syarat anda mengambil perlindungan Cash Care PA takaful.
Manfaat Etiqa Auto Assist (Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei)
- Bantuan kerosakan 24 jam
- Jump start & ganti bateri
- Ganti tayar
- Isi minyak
- Bantuan Towing 24 jam
- Bantuan menunda kenderaan anda ke bengkel Etiqa yang terdekat
- 200 KM pertama – percuma
- Lebih 200 KM – tambah RM1.50 per KM
- Jika anda mengambil Driver & Passanger PA (DPPA) atau Car Accident Protection Special (CAPS) – anda layak servis penundaan TANPA HAD
- Alternatif Perjalanan
- Jika kenderaan anda rosak atau kemalangan, Etiqa akan memberikan perkhidmatan membantu anda untuk booking teksi, bantu membuat penginapan hotel atau bantuan penyewaan kereta
- Bawa balik kenderaan ke Malaysia
- Sekiranya kenderaan anda rosak atau kemalangan di Singapura, Thailand atau Brunei – Etiqa akan membantu anda untuk membawa pulang kenderaan ke Malaysia
- Bantuan kecemasan hospital
- Bantuan kemasukan ke hospital sekiranya kemalangan
- Masej kecemasan
- Jika kemalangan, Etiqa boleh membantu anda memberikan masej kepada keluarga anda
Di sini saya ingin memberikan tips tentang bagaimana untuk menghubingi Etiqa Auto Assist jika kenderaan anda mengalami kemalangan/kerosakan dan sebagainya dan kereta anda perlu ditunda, jangan terima pelawaan daripada kereta penunda yang bukan panel etiqa. Pertama sekali pastikan anda meletakan/parking kenderaan anda di tempat yang agak selamat dan pasangkan kayu amaran kerosakan yang tiga segi atau jika tiada gunakan apa-apa cara supaya pemandu lain tahu bahawa kenderaan anda rosak. Anda sebaiknya terus menghubungi Etiqa Auto Assiat iaitu 1800806491 (Malaysia), atau +603-40475230 (Dari Singapure, Thailand, Brunei) dan maklumkan:
- Nama anda
- Nombor pendaftaran kenderaan anda
- Seterusnya nyatakan apa jenis kerosakan
- Nyatakan lokasi anda
- Nyatakan di mana anda hendak menunda kenderaan anda
- Sekiranya anda menghadapi masalah dengan Etiqa Auto Assist – hubungi wakil/agent anda untuk membantu
- Sekiranya jarak penundaan dalam jarak 200 km – tiada apa-apa kos yang anda perlu bayar. Jika jarak tunda melebihi 200 km, maka charge tambahan ialah RM1.50/km
Setelah kenderaan anda sampai ditunda ke tempat yang dituju, pihak kereta penunda akan meminta anda menandatangani satu borang – yang membuktikan bahawa kereta anda telah selamat ditunda ke tempat yang dituju.