Apakah produk ini?
Di samping melindungi anda dan para penumpang anda menerusi perlindungan Kemalangan Diri serta berbagai
jenis faedah yang lain, pelan ini juga menyediakan Program Bantuan Kereta 24 jam. Satu panel para pengendali
trak tunda yang terpilih di seluruh Malaysia telah diwujudkan untuk menyediakan bantuan. Enhanced Road Warrior
juga memberi manafaat tambahan seperti penggantian kereta, perlindungan belas kasihan dan perlindungan
banjir.
Apakah perlindungan/faedah-faedah yang disediakan?
(a) Faedah-faedah Kemalangan Diri
- Kematian/Hilang Upaya Kekal
- Belanja Perubatan
- Elaun Kematian
- Tanggung Rugi Berganda
- Pembedahan Pembetulan Kosmetik
- Pendapatan Hospital
(b) Program Bantuan Kereta
- Khidmat Tunda Kecemasan 24 jam dan Pembaikan Kerosakan Kecil Kereta Di Tepi Jalan
- Bantuan Teksi dan Kereta Sewa
- Mengaturkan Penginapan Hotel
- Bantuan Antarabangsa
- Mengaturkan Evakuasi Kecemasan
- Rujukan Pusat Servis
- Penghantaran Mesej Kecemasan
(c) Faedah-Faedah Tambahan
- Penggantian Kereta bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
- Perlindungan Belas Kasihan (Tertakluk kepada Kenderaan Dinamakan di bawah Polisi Motor Komprehensif Kereta persendirian)
- Pelan Pilihan Penggantian Kereta untuk 7 hari
- Perlindungan Banjir
Tempoh perlindungan adalah untuk satu (1) tahun. Anda perlu memperbaharui perlindungan insurans anda setiap
tahun.
Pelan A (RM) | Pelan B (RM) | Pelan C (RM) | |
Premium | 99 | 179 | 259 |
Program Bantuan Kereta | 90 | 90 | 90 |